Punca 1: Guru Tidak Kreatif Dalam Pengajaran
Bagi saya, punca utama
adalah guru tidak kreatif sewaktu menyampaikan pelajaran. Chalk and talk tidak
lagi sesuai pada masa sekarang (Dulu pun tak sesuai juga!). Dengan adanya
pelbagaibahan multimedia, guru sepatutnya boleh membina pengajaran dan
pembelajaran yang mampumenarik minat murid, walaupun pada asalnya murid
tersebut tidak berminat. Lagipun, itulahtujuan guru dihantar ke sekolah bukan?
Saya faham bahawa tugas
guru di sekolah bukan sekadar mengajar, malahan guru adalah arkitek,tukang
paip, babysitter, tukang kebun, jurutera dan macam-macam lagi peranan guru di
sekolah.Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak dapat membina PnP
yang menarik.
Murid dilihat sebagai
individu yang sebenarnya masih belum dapat mengenalpasti minat dan bakat
mereka. Justeru, guru perlu dedahkan mereka dengan seberapa banyak perkara dan berusaha
menjadikan perkara tersebut menarik.
Dari pengalaman saya
berada dibeberapa sekolah (dalam tempoh yang singkat-singkat saja), sayadapati
murid di kawasan luar bandar sangat gemarkan PnP berasaskan multimedia. Mereka
rasakalau dapat belajar menggunakan komputer dan LCD projektor tuh, macam
menonton tayangan filem. Berbeza dengan murid sekolah bandar,
mungkin sebab peralatan kat rumah lebih canggih, mereka tak begitu teruja bila
menggunakan multimedia. Mungkin juga, guru tidak kreatif kerana mereka banyak
bergantung kepada buku teks dan buku kerja yang dibekalkan. Jadi, kebanyakan
mereka enggan berfikir lebih untuk menjadikan pengajaran mereka unik berbanding
hanya membaca buku teks yang ada.
Memang saya ada beberapa kejayaan mengubah murid yang
gagal bahasa inggeris sehinggamendapat A, tetapi pengajaran saya tidak tersekat
dengan buku teks mahupun silibus sekolahkerana saya mengajar bahasa inggeris di
luar waktu sekolah.
Cara Mengatasi: Guru perlu lebih kreatif - saya pun
tak tahu macamana nak hasilkan guru yang kreatif, agaknya kena tanya pensyarah IPG!
Punca 2: Murid
Tidak Minat
Ini banyak berkaitan dengan punca 1 dan saya rasa sebab
utamanya murid tidak minat adalah kerana gagal melihat kepentingannya mereka
belajar bahasa inggeris ini. Pendek kata mereka tidak tahu kenapa perlu belajar
bahasa inggeris.
Cara Mengatasi: Guru perlu berikan sebab dan
rasional belajar bahasa inggeris. Maklum ajelah, budak sekarang ni sentiasa nak
tahu ganjarannya mereka lakukan sesuatu - termasuklah belajar.
Punca 3: Saiz Kelas Terlalu Besar/ Kebolehan Murid Tidak
Sama
Jika saya diberikan peluang untuk memberitahu menteri
pendidikan, inilah perkara pertama yang saya akan cakap. 1 guru = 40 orang
murid. Sungguh tidak munasabah. Maafkan saya kalau ada yang rasa pandangan saya
ini negatif, tapi bagi saya selagi masalahnisbah guru murid ini tidak diatasi,
apapun usaha lain dilakukan untuk meningkatkan mutupendidikan, agak sukar untuk
berjaya. Kumpulan kelas bahasa inggeris saya juga kecil, maksima 12 orang
sahaja bagi setiap sesi. Ini
kerana saya rasa saya tidak dapat memberikan tumpuan individu jika jumlah murid melebih angka tersebut.
kerana saya rasa saya tidak dapat memberikan tumpuan individu jika jumlah murid melebih angka tersebut.
Apatah lagi apabila kebolehan murid dalam kelas itu tidak
sama. Ini tambah menyukarkan keadaan dan menyulitkan guru mengajar. Banyak
sekolah tidak lagi membuat pengajaran secara berkumpulan, sebaliknya murid
dalam kelas dianggap lebih kurang sama.
Cara Mengatasi: Jika sekolah membuat streaming
class, jumlah murid bagi kelas yang pandai bolehlah lebih banyak berbanding
kelas yang tidak pandai. Pada pendapat saya, semakin mundur kelas tersebut,
semakin kecil jumlah murid dalam kelas itu. Contohnya, murid kelas A ada 40 orang,
murid kelas B ada 35 orang, murid kelas C ada 30 orang dan murid kelas D
hanyalah 25 orang. Itu lebih baik berbanding setiap kelas dipuratakan. Selain
daripada itu, murid juga boleh ditukarkan kelas bagi subjek tertentu contohnya
bahasainggeris. Contohnya, bagi kedudukan tahun seseorang murid itu mungkin
berada di kelas A,tetapi jika beliau lemah dalam bahasa inggeris, waktu bahasa
inggeris beliau perlu ke kelas Catau D mengikut tahap penguasaan beliau.
Punca 4: Guru
Galakkan Murid Malas Secara Tidak Langsung
Walaupun tidak semua, tetapi banyak guru bahasa inggeris
mengajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Macamana ya? Memang bunyinya
pelik, tapi pemerhatian saya dapati itulah yang berlaku.
Cuba bayangkan, sudahlah ibubapa murid tidak bertutur
dalam Bahasa inggeris, waktu bahasa inggeris di sekolah adalah satu-satunya
waktu murid akan mendengar bahasa ini. Tiap-tiap murid diajar bahasa inggeris
dalam bahasa melayu. Jadinya macamana ya nak pandai?
Selain daripada itu, saya lihat sekarang ni murid juga
tidak lagi diwajibkan mempunyai kamus.Ada murid yang langsung tidak tahu
bagaimana nak gunakan kamus. Kita semua pun tahukan kepentingan kamus dalam
pembelajaran bahasa.
Cara Mengatasi: Guru perlu tegas dalam penggunaan
bahasa. Memang ada masalah murid tidak faham apabila guru mengajar dalam bahasa
inggeris, tetapi guru perlu gunakan alternative lain untuk membuatkan murid
tersebut faham. Contohnya, apabila guru kata sit down murid tidak faham. Jangan
ubah kepada sila duduk. Sebaliknya gunakan bahasa isyarat atau buat contoh perbuatan
tersebut.
Ada baiknya juga sekiranya guru bahasa inggeris bercakap
bahasa inggeris sepanjang masa mereka berinteraksi dengan murid di sekolah,
walaupun diluar waktu PnP. Secara tidak langsung, murid akan terdesak
untuk berkomunikasi dalam bahasa ini. Kempen-kempen yang diadakan di sekolah
sekarang cukup baik, cuma saya rasa penguatkuasaan tidak dilakukan dengan
sempurna. Sewaktu minggu bahasa inggeris, pastikan semua guru dan murid
bertutur dalam bahasa inggeris dan kenakan denda ke atas mereka yang
melanggarnya -termasuklah guru. Kepimpinan melalui tauladan kan?
Punca 5: Buku
Teks/ Buku Kerja Tidak Sesuai Dengan Tahap Murid
Sebenarnya saya tidak pernah melihat buku teks bahasa
inggeris, tetapi saya telah banyak kali melihat buku teks bahasa melayu. Pada
pandangan saya, buku teks yang ada itu lebih sesuai untuk kegunaan murid-murid
sedia bijak. Kalau buku teks bahasa melayu sebegitu, buku teks bahasa inggeris
pun pastinya sama saja.
Cara Mengatasi: Kalau tidak silap saya, buku teks
dipilih mengikut negeri/ zon. Pada pendapat saya, daripada mengadakan buku teks
mengikut negeri atau zon, adalah lebih baik sekiranyabuku teks dibuat mengikut
tahap - murid bijak, murid sederhana dan murid lemah. Pemilihanpula dibuat
sendiri oleh sekolah dan bukan pihak negeri.
Maksudnya, sekolah akan menentukan majoriti jenis
muridnya - bijak, sederhana atau lemah. Seterusnya sekolah akan memilih buku
teks yang paling hampir menepati tahap majority muridnya. Walaupun ada di
kalangan murid-murid sekolahnya yang lebih bijak/ lebih lemah berbanding
majoriti murid, itu menjadi tanggungjawab guru sekolah menyediakan aktiviti pengayaan
atau pemulihan bagi muridnya.
Agaknyalah, kalau betul-betul nak disenaraikan ada banyak
punca masalah pengajaran bahasainggeris ni, tapi kalau difikir secara mendalam,
kesemuanya berpunca dari etika dan sikap yangsalah samada oleh guru mahupun
murid.
Bagaimanapun, inilah sedikit perkongsian saya hari ini,
saya sangat mengalu-alukan jika ada kalangan pembaca yang ingin berkongsi
pendapat dengan saya. Mungkin tidak semua pendapat saya di atas itu anda rasa
betul, tetapi tidak semuanya juga salah kan?
Apa yang saya harapkan adalah kita semua dapat berbincang
secara rasional dan terbuka tanpabertindak menuding jari menyalahkan mana-mana
pihak. Kita mencari jalan penyelesaian danbukannya orang untuk
bertanggungjawab. Semua ini demi kepentingan anak bangsa kita juga.
No comments:
Post a Comment